Semua orang pernah menghidap sakit kepala. Lebih-lebih lagi apabila kita terdedah pada sinaran cahaya matahari yang terik. Ada yang sakit sampai tahap nak pengsan dan mengelakkan diri dari memakai tudung berwarna hitam.
Jika kita mempunyai masalah tidak kira apa jenis masalah kita itu pasti akan membuatkan kita tertekan dan seterusnya kepala kita sakit sehingga kita merasa berdenyut-denyut di sekitar kepala tapi kita tidak tahu apakah jenis sakit kepala atau pening yang sedang kita alami.
Di sini saya akan menerangkan serba sedikit.
Sakit kepala di atas adalah berpunca daripada tekanan atau stress yang sedang kita alami. Rasa sakit kepala berlaku disebabkan ketegangan otot di di bahu, leher, kulit kepala, atau rahang. Kesakitannya seperti ada yang memerah kepala anda. (Aduh!)
Cluster
Sakit kepala jenis cluster ini menyerang tanpa memberi amaran, makanya anda perlu berhati-hati dan jagalah kesihatan anda. Kesakitan ini bermula di mata anda di salah satu sisi wajah anda. Kesakitannya bagaikan mata ditusuk-tusuk. (Aduh!) Penghidap sakit kepala cluster bagi lelaki adalah enam kali ganda berbanding wanita.
Sinus
Kesakitan yang dirasai adalah hasil dari tekanan dalam sinus tengkorak. Kesakitan tertumpu di belakang dahi dan tulang pipi. Ia disebabkan oleh jangkitan (bakteria atau virus) ataupun alergi. Tanda bahawa anda mempunyai jangkitan sinus ialah:
• Keluarnya cairan berwarna hijau dari hidung anda yang berlangsung lebih dari 7 hingga 10 hari.
• Hidung selesema atau tersumbat.
• Rasa seperti sesuatu menutup telinga.
• Bengkak di wajah.
• Rasa sakit di gigi
• Hidung selesema atau tersumbat.
• Rasa seperti sesuatu menutup telinga.
• Bengkak di wajah.
• Rasa sakit di gigi
Migrain
Migrain disebabkan oleh perubahan di dalam saluran otak dan darah. Kita akan alami rasa sakit, loya, muntah dan perubahan visual.
1 komentar:
Artikelnya sangat menarik gan
Post a Comment